Alice in Wonderland VS V3 Samseng Jalanan

Hari ni last day aku ngajar kat tadika. Sedih pulak sebab nanti tak jumpa dah dengan budak-budak yang manja tapi nakal nak mampus kat tadika tu. Huhu. Walaupun cuma 2 hari je aku pergi ganti ngajar, tapi banyak la jugak yang aku belajar. Camna nak 'deal' dengan budak-budak kecik yang buas ni. Yang pasti, memang kena pandai manipulasi budak-budak ni. Marah tu marah jugak. Tapi kena jugak ade lembut-lembut. Baru depa nak dekat dan tak berape nak degil. Ewah. Macam la pro sangat aku ni ha nak handle budak-budak. Ceh!



 

Lepas abes duty kat tadika, aku pun bergegas la pergi Sunway Carnival. Kan semalam aku dah cakap nak tengok movie Alice in Wonderland. Awal tu sampai. Pukul 2.15 petang dah tercongok kat situ. Lepas collect tiket yang dah booking malam kemarin, aku pun terus le pergi kat floor bawah. Ada bookfair POPULAR bookstore buat. Aku ni pantang kalau ade bookfair ni. Memang harus la aku pergi nyebok meramaikan bookfair tu. Walaupun takde la ramai mana pun yang pergi. Melayu ada la 2-3 kerat. Yang ramainye olang cina lo. Biasa la tu kan..





 

Macam biasa, aku akan rembat buku motivasi terbaru Dr.Tuah Iskandar la. Aku ni peminat setia buku-buku dia. Dah rembat satu buku, aku pun pergi la ushar buku yang lain. Tengah dok syok ushar buku, tetibe datang sorang mamat. Aku yang terkejut badak sebab tetibe kena tegur terus takut-takut. Ye la. Aku kan ke sorang-sorang weh. Buat nye die pukau aku ke ape tak ke naya. Huhu.


Tapi kesian la pulak sebab tak tolong. Bukan tak nak tolong. Tapi direct sangat weh die mintak. Kang die tipu aku ke ape. Aku ni susah sikit nak percaya orang. Tambah aku tak kenal. Huhu. Maap le bang. Bukan saya takmau tolong tau. Adoi. Rasa bersalah pulak. Ini perbualan aku dengan die. Aku gelar die incik L(lelaki) la eh.

incik L: Dik..maap abang menganggu..


aku: Huh?! (blur masa ni sebab terkejut. Huhu)

incik L: Abang punye moto rosak. Ade kat petronas depan sana tu. Ade orang tengah pomen. Tapi abang tak cukup duit. (tunjuk wallet die yang penuh dengan kertas dan ade duit 2-3 hinggit)


aku: Huh?! Ape die? (aku masih blur dan samar-samar ape yang die cakap)

incik L: Moto abang rosak. Ada orang repair tapi abang tak cukup duit. Boleh tak adik tolong bagi abang lagi rm6.70.

aku: (Monolog dalaman. Aku je dengar) Huik? Directnye die ni mintak duit kat aku. (masa ni aku masih dengan muka blur aku lagi)


incik L: Boleh tak dik? Abang urgent sangat nak guna duit ni. RM6.70 je..


aku: Maap le. Saya pun ade cukup-cukup je ni. (memang betul pun duit aku cukup-cukup untuk aku je nak beli buku yang aku dok pegang tu)

incik L: Singgit dua ringgit pun takde ke dik?


aku: (geleng-geleng pale) Takde. Sori..

incik L: Takpe la dik. Sori ganggu. Terima kaseh..


aku: (blur sebab die ucap time kaseh walaupun aku tak bagi apa-apa..huhu)




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




Lepas insiden ni terus aku pergi bayar duit buku. Tepon ngadu kat encik CH. Pastu kena bebel kejap. Padan muke aku. Huhu. Then terus blah naik tingkat atas kat ruang legar wayang tu. Sementara nak tunggu hall buka, aku pun duduk bersila nempek kat tepi divider macam budak terbiar mintak sedekah sambil baca buku yang aku baru beli tadi. Lantak la. Sape suruh tak sedia bangku. Aku ni memang muka tak malu sikit.


Dok kusyhuk baca buku tu, tetiba aku rasa macam ramai sangat makhluk yang berdiri depan aku. Dongak-dongak..ya Allah ramainye orang. Boleh aku tak sedar. Ramai gila weh. Mat-mat rempit lak tu. Macam kat tempat racing lak aku rasa. Pening terus. Dengan macam-macam pesyen pelik-pelik nye. Aisho..




Memula aku heran jugak la. Apesal ramai sangat geng-geng tu. Ade movie ape? Takkan depa ni nak tengok Alice macam aku jugak kot. Sekali ushar board tayangan gambar, rupanya cerita V3 Samseng Jalanan release hari ni. Patut pun ramai nak mampus geng depa. Takot aku nengok. Memang untung gila la pengarah yang buat movie ni. Sebab yang pergi tengok nye ramai mat rempit. Aku takkan pergi tengok. Tak berminat walaupun mak aku panggil aku 'minah rempit' sebab suka rempit moto sampai 90 km/j. Haha.



90 km/j tu slow lagi la mak. Aiseh. Tak serik-serik aku ni walaupun dulu pernah eksiden sebab tergelincir rempit moto lelaju time ujan. Dah tahu kaki tu pendek, nak rempit jugak. Sekali brek ngejut takleh nak tampan moto dengan kaki. Mahu tak tergelincir. Padan muka aku. Tapi serius weh. Masa aku eksiden tu aku rasa macam berlakon cite matrix je. Slow motion je pergerakan aku jatuh tu. Haha. Eh..melalut aku ni.





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



 


Kekadang aku terfikir. Ape la yang mat rempit ni dapat kalau tengok movie tu? Aku rasa macam takde apa-apa efek pun. Sebab tu realiti hidup depa. Walaupun Farid Kamil cakap dia buat cerita tu nak bagi pengajaran kat mat rempit. Tapi aku rasa idaknye mat rempit tu nak berfikir ape pengajarannye bile tengok movie tu. Lagi depa bangga ada kot. Sebab kisah hidup depa dipaparkan kat layar perak. Depa enjoy je la tengok cite tu. Takda bagi apa-apa kesan kat depa. Gamaknye la.


Memang buat untung gila la pengarah movie tu. Sebab bagi aku, movie macam ni akan tarik perhatian budak remaja, golongan mat rempit dan minah rempit. Yang utama sekali tentulah orang Melayu kita. Wooo..masyuk habis tu. Mesti pasni jadi box office movie tu. Hoho. Itu pendapat aku la. Jangan marah yo. Saja nak bagi pendapat je.




 
Apa-apa pun movie Alice in Wonderland memang terbaik la. BEST! Aku tak tipu weh. Memang best. Sebab aku ni peminat cerita animasi 3D ni. Nampak real tau walaupun tu cerita fantasi. Syok weh. 


Cerita ni tentang Alice yang jadi wirawati fight untuk White Queen nak menentang Red Queen(Queen of Heart), kakak White Queen. Jahat gila Red Queen ni. Gila takhta betul. Pastu nak semua orang sayang dia. Dah la sesuka hati je nak pancung kepala orang. Mentang-mentang kepala dia besau. Aku nak tergelak dengar depa panggil dia "Bloody Big Head".Hihi. Korang pergi la tengok sendiri. Serius best sangat! Malas nak cerita panjang-panjang. Karang hangpa tak pergi tengok pulak.



bisik2::tak sabo nak tunggu Toy Story 3 dengan Shrek 4 (Forever After)..mesti best!!


7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Tanpa Nama12/3/10 1:02 PG

    slalunya bg diorg ag smngat nak merempit ader lar. hehe
    ingat lagi rempit pertama kuar. sume dak2 kocik nak blja bawak moto..mmg kuat pngaruh movee nie..;)

    BalasPadam
  2. suke kartun yer???
    ne mesti otak pun macam kartun yer???

    hehehehe...

    BalasPadam
  3. aku pun penah kena kat kajang, brader ni ngan muka seposen mintak wit cakap nk isi minyak nk balik jauhh.. motor tak idup. lepas aku bagi rm10 terus dia start motor blah, idup plak motor dia!

    emmm aku pilih alice, sebab v3 ni bleh tunggu raya kuar kat astro heheh.

    BalasPadam
  4. kocik::tu la kan??movie ni pengaruh kuat..bukan bg pengajaran sangat pun..jadi ikutan lagi ada la..

    BalasPadam
  5. MyaFiza::

    tak lah..tengok yang biasa punye je..tapi best jugak..memang best..hehe..p la tengok..

    BalasPadam
  6. dina-diana::
    hehe..peminat katun tegar..hek3..

    tapi idak la otak macam katun..cume perangai je kot macam budak2 sket..(^_^)

    BalasPadam
  7. parkAir::

    tu la pasal..aku takut betul la kalau tetibe ada orang tegur mintak2 wit ni..kang dipukau2 nye abes emua duit aku bg kat die..huk3..sib bek tak pandang muke die masa tu..

    betul2..aku pun pilih alice sbb V3 tu konfom raya nnt kuar tv..haha..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan