Terpinggirkah orang Melayu kat Pulau Pinang??

"Apakah kesudahan nasib Melayu Pulau Pinang?"..tajuk ni betul2 menarik perhatian aku..berita dari UTUSAN mungkin..aku dapat sumber ni dari blog MYADHA..nak baca lebih lanjut p kat sini...dalam blog aku ni, aku cuma nak bagi pendapat aku je..mungkin pendapat aku ni tak betul..mungkin jugak korang rasa tak berasas..tapi aku cuma nak sampaikan apa yang aku rasa je...


terpinggirkah orang Melayu kat Pulau Pinang ni??hmm..tak tahu aku nak cakap cmna...mungkin ya mungkin tidak...ikut persepsi masing2 yang menilai kot...tapi, rasa2nya betul kenyataan tu..sebagai anak jati Pulau Pinang..ada jugak rasa sikit2 tempias tu...tambah2 kat Pulau Pinang ni melayu adalah kaum minoriti..maknanya suara tu tak berapa nak kuat kot kalau bersuara pun..tambah2 dari dulu Pulau Pinang ni yang pegang adalah kaum cina..maksud aku kerajaan negeri yang tadbir Pulau Pinang...tak kira la parti politik yang mana pun..dulu UMNO pun Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Koh Tsu Koon yang pegang jawatan ketua menteri..skrg parti pembangkang,DAP, Dr. Lim Guan Eng yang pegang jawatan tu...maknanya kuasa ketua menteri ni lagi berkuasa dan kuat...memang dari dulu kebajikan kaum cina kat sini sangat2 terpelihara...tapi dulu aku rasa macam terpelihara la jugak nasib kaum melayu walaupun sikit dan wujud jugak isu melayu Pulau Pinang terpinggir..tapi semenjak parti pembangkang pegang Pulau Pinang ni aku rasa makin besar lak isu melayu Pulau Pinang terpinggir ni..

dulu masa aku belajar kat sabah...pernah aku terfikir tak nak balik Pulau Pinang dah bila dapat tahu parti pembangkang menang masa pilihan raya..aku takut nasib aku tak berapa baik dan makin terpinggir bila nak cari kerja kat sini..cetek betul pemikiran aku time tu..tapi rasanya betul kot..dah macam2 usaha aku buat nak cari kerja..langsung takda hasil..bila ada iklan kosong pulak tengok syarat jadi hampa sangat2...sebab ape??sebab syarat utama yang ditekankan kena terer cakap mandarin..aku mana pandai..ni kalau jawatan kerja syarikat swasta..susah betul hati aku..takkan aku nak p kerja operator kilang kot...penat2 je aku habiskan masa belajar tinggi2..bukan aku nak kata kerja tu hina..tak..cuma tak berpadanan aku belajar elok2..kalau aku tahu baik dari dulu pas abes sekolah terus aku kerja kilang...mintak kerja kerajaan pun dah berlonggok2..tapi memang susah nak masuk..tak tahu la nak cakap ape..selalu aku pujuk hati cakap cmni "mungkin belum rezeki aku lagi kot..tawakal dan usaha je lagi ok!"..jangan tanye nape aku tak cari je kerja kat tempat lain..jawapannye aku kena jaga mak aku yang tinggal sorang2 dan tolong mak aku jaga tok aku yang dah uzur sangat2...bukan alasan..tapi aku rasa tu tanggung jawab aku..

hmm..ntah la..salah sape ye semua ni???salah kerajaan yang mentadbir kah??mana pergi nye sume ahli2 politik atau wakil rakyat melayu yang pegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri??semua hilang..semua senyap..langsung tak membantu kaum melayu..langsung tak bersuara bila kaum melayu ditindas..nape terjadi macam ni semua??ntah la..aku takde jawapannye..aku bukan ahli politik..aku bukan pengkritik politik..aku langsung tak tahu ape2 pasal politik..lagipun aku memang tak suka dengan politik2 ni..serius memang tak suke dan aku rasa aku malas nak daftar mengundi sebab memang langsung tak berminat..ntah la..sedih dengan nasib kaum melayu kat sini..tapi apa yang mampu aku buat??

apa pendapat kawan2 blogger aku pulak??saja nak tahu pendapat korang semua..

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. sabaq2..

    xpela, mane2 pon sme

    smoge mesia makin makmur..bkn kedah je yg makmur..hee

    BalasPadam
  2. bukan nak kata,masa mgundi tak fikir,bila dah menang baru nak kata terpinggir mcm tu.

    pendek kata,bukan org mlayu ja terpinggir,SATU PULAU kena..sbb xdak pembangunan terbaru,XD

    BalasPadam
  3. .semoga malaysia ni aman damaila.politik? mmg memeningkan. semua nak nama dan pangkat.skrgpun mcm ada bunge-bunge pergaduhan pulak. susah nak cari keja akak kawen jek dik..tu je jln akak nmpk selain jual anggur..hehehe

    BalasPadam
  4. kat penang mmg lah cam gitu adik...saya ramai sedara mara kat sana.dulu tak sgt, skrg diorg ckp mmg btl2 ssh...
    1 lagi..chinese mmg akan tolong sehabis daya utk naikkan kaum dia.sbb tu keje sume nak amik bahasa mandarin.kalau blh diorg nak kat penang sana tu, sume org cina keja, org melayu dok umah!
    ape blh buat..dah pembangkang menang.saya kat selangor pun terkilan ni.sini satu hapa pun takdak hapa pun perubahan.kate pembangkang nak kasi duit utk anak selangor masuk belajar..mana pi duit?? tadak hapa...
    tp kalau kamu amik sikap 'tanak masuk campur'...lagi2 melayu minoriti kat sana.lagu mana nak bantu org kita dpt keja?pikir2 kanlah...=)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan