Sayangilah ibu bapa selagi mereka masih ada

Bosannye. Huhu. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik aku usung laptop dengan broadband aku ni ha. Boleh update blog. Selamba badak je aku guna eletrik hospital ni ha. Lantak la. Berbayar ok. Ingat masuk free ke? Hihi.

 

Sebenarnya, aku kat hospital sekarang ni. KPJ Penang Specialist Hospital. Tok aku masuk hospital malam ni. Biasala. Sakit tua dan demam. Hari ni demam dia macam makin teruk dan tak kebah-kebah. Hari ni tok tak nak makan langsung. Minum pun tak nak. Aku dengan mak dah mati akal tak tahu nak buat macam mana.  


Last nya kami habaq kat paksu dengan maksu masa depa singgah rumah ambik anak depa yang mak aku asuh. Jadi paksu aku terus bawak pergi hospital dan tok kena tahan masuk wad. Dan tentu-tentu la aku yang kena masuk hospital sekali jaga tok. Memang setiap kali tok masuk hospital aku la yang akan tunggu tok. Aku kan belum kerja lagi.



Tak semua anak-anak mampu jaga orang tua depa kan? Ada yang memang tak sanggup. Ada yang bagi alasan sibuk dengan kerja. Ada yang pasangan tak izinkan. Macam-macam lagi la sebabnya. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Lumrah kehidupan. Begitulah.



Tujuan aku tulis entri ni cuma nak berkongsi dengan korang. Nak bagi peringatan kat korang dan diri aku sendiri juga. Satu hari nanti, bila orang tua kita dah lanjut usia, jangan la kita abaikan kalau depa masih ada. Sangat besar pahala kalau pelihara orang tua tau. Parents sendiri pulak tu. Dah la dapat pahala, boleh jadi murah rezeki jugak tau. Itu janji Allah.

 

Kita kena ingat, hidup kita ni macam roda. Berpusing-pusing. Nanti kita pun akan tua. Mesti kita taknak anak-anak kita buat endah tak endah kat kita bila kita dah tua. Alasan busy kerja, sudahnya kita kena campak kat rumah orang-orang tua. Padahal ada anak-anak yang mampu dan boleh jaga kita. Sedih kan?


Tapi itulah kenyataan hidup. Apa yang kita buat hari ni kat orang tua kita, yang tu bakal kita tempuhi masa hari tua kita pulak nanti. Huhu. Aku tak mau hari tua aku nanti sia-sia. Sebab tu sekarang aku berbakti untuk tok aku. Dan insyaAllah nanti bila mak aku dah tua dan uzur, aku berbakti kat mak aku pulak.
 


Aku harap kawan-kawan blogger aku semua pun kategori anak-anak yang baik untuk mak ayah sendiri. Jom kita berbakti untuk parents dan grandparents kita kalau masih ada. Kalau pun mungkin ada yang rasa parents kita tak cukup baik, kita kena ingat satu perkara. Busuk-busuk mereka pun, mereka tetap ibu bapa kita. Pengorbanan mereka lagi tak ternilai kita nak balas tau walaupun mungkin cuma sikit ja. Dan ingat, Allah pun sayang dekat mereka yang sayangkan ibu bapa mereka.



Maafkan aku kalau ada yang terasa. Sekadar berkongsi rasa dan berpesan sesama kita. Tak salah kan kita saling ingat mengingati. Semoga semua mendapat manfaat bersama kerana aku berpesan untuk diri aku sendiri juga.


Bisik-bisik :: Sayangilah ibu dan bapa kita selamanya

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. ayah dan ibu..itu lah permulaan kami..

    BalasPadam
  2. erm...xpe lah sha...sabar jelah...setiap perbuatan ada pembalasannye...

    xmoh rungut2 tau...jaga ngan ikhlas k...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama2/2/10 9:58 PG

    senasib la kite..

    BalasPadam
  4. lukisan pena::
    ye..sebab ada ibu bapa la ada kita..

    zura::thanks zura..insyaAllah..x mrungut..ikhlas jaga tok..cume nak luah rasa x puas ati je kat sikap adik2 mak..

    +dieabella+::xpe la bella..kita wat ape yg termampu selagi terdaya..

    BalasPadam
  5. Saya harap saya menjadi anak yang mengenang budi ibu dan bapa, moga mendapat rahmat dari Allah SWT, Amin.

    BalasPadam
  6. kadang kala..kitapun tak tahu nasib kita..kalau sakit terbaring nak harapkan sapa..
    beruntung opah ade anak dan cucu macam cik sha..at least ada jugak org pedulikan..cuma akan ade juga ralat ttg mak akak dulu. susah klu kita ad suami atau anak nak di jaga..membatasi segalanya

    BalasPadam
  7. sayangi mak bapak kita yg bersusah payah membesarkan kita. nanti bila kita dah jadi mak atau ayah, baru kita tahu pengorbanan mereka.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan