Keunikan bersin

Bersin. Kenapa kita bersin?

Macam aku, setiap kali lepas mandi konpom aku akan bersin. Pernah ade kawan aku tegur.. "Eh, Sha. Comel la ko bersin. Ko kalau lepas mandi, ko memang bersin ke? Tak pernah lagi aku jumpe orang macam ko. Comel betul!" Haha. Ade ke kawan aku kata aku comel bersin lepas mandi. Pelik betul la kawan aku yang sorang tu.

Lagi satu kes. Ni masa aku study dulu. Lecturer tu tengah khusyuk bagi kuliah. Tetibe aku tak tahan sangat nak bersin. Aku pun cover2 la bersin aku tu. Bunyi kecik je. Macam nak tak nak je bunyi. Cimmm. Gituhh. Tetibe aku dengar suara lecturer tu kat belakang aku tegur aku. "Kalau nak bersin, lepas je betul2. Takyah tahan2. Kan macam dah tersepit je bunyinye tu." Huk?? Terkejut aku.. Serta merta 1 bilik kuliah tu tengok kat aku. Malu seh. Ape la lecturer ni. Ngajo ke perhati aku ni? Aiyoo.

Eh..korang perasan tak? Bila kita bersin je mesti mata kita terpejam. Magik kan? Haa..itu la kuasa Allah. Pernah lecturer aku buat lawak dalam kelas die. Kelas Advanced Multimedia kot kalau tak salah aku. Masa tu kami semua tensen sebab dapat tugasan yang susah. Huhu.

Dia cakap.."Cuba kamu semua bersin dengan mata terbukak. Boleh ke tak?" Pastu ada student jawab.."Eh miss..boleh ke?" Alahai. Apa punya soalan la budak tu tanya. Haha. Pastu miss tu jawab.."Cuba la kamu buat kalau mau mata kamu terlompat keluar. Nanti kamu kutip balik mata kamu tu. Masukkan balik macam ni." Miss tu siap tunjuk aksi. Hahaha. Pecah 1 dewan kuliah ktorg gelak. Eh?pecah pulak. Hehehe. Maknanya kuat la tu ktorg gelak.

Nak tahu tak kenapa mata kita terpejam masa kita bersin?? Ok. Ini hasil kajian yang dah aku buat. Eceh. Takde la. Ni hasil carian maklumat yang dah aku buat. Bersin merupakan cara tubuh kita bertindak balas untuk mengeluarkan benda asing dari hidung yang disebabkan oleh alahan pada sesuatu. 

Sebenarnya, saraf kat hidung dengan mata kita ni saling berkait. Sebab tu la bila kita bersin otomatik mata kita mesti terpejam. Tujuannya supaya dapat melindungi saluran air mata dan kapilari darah daripada terkena efek oleh bakteria yang keluar dari membran hidung kita tu.

Haa...1 lagi maklumat menarik yang aku jumpa. Masa kita bersin tu, secara refleks otot kat muka kita akan menegang dan jantung kita akan berhenti berdenyut seketika. Lebih kurang sesaat la macam tu. Bila lepas je bersin, jantung kita akan kembali berdenyut seperti biasa. 

Sebab tu, bila lepas bersin je kita disarankan mengucapkan "Alhamdulillah". Dan orang yang mendengar mengucapkan "Ya Hamkallah". Tu tandanya kita bersyukur jantung kita kembali berfungsi seperti biasa. Cuba bayangkan. Tengah dok bersin tu tetiba jantung yang berhenti sekejap tu tak berdenyut balik macam biasa. Apa maknanya? Huhu.

Yang ni mesti menarik minat korang. Mengikut kaji selidik oleh seorang pakar penyelidik bersin Amerika Syarikat, Dr. Pati Wood. Hasil kajian yang dibuat, beliau mendapati ada 547 cara bersin yang mana setiap cara bersin tu boleh mencerminkan perangai tuan punya badan. Eh2..rajin betul la omputih ni buat kajian. Meh kite tengok 4 daripada 547 cara bersin tu. Kot la ada terkena dengan korang ke.


Yang 1st, kite tengok sifat orang yang bersinnya kuat. Kalau dia bersin je berdesing telinga kita dengar. Kalau duduk dalam bilik kecik macam nak pecah bilik tu dibuatnya.

Haa...orang jenis ni selalunya berkarisma, berpengaruh serta merupakan seorang pemimpin yang baik. Bagus kan? Tapi jangan la pi bersin macam kartun dalam gambar tu pulak. Itu tak sopan namanye. Ish3..







2nd pulak yang jenis bersin perlahan. Bunyi macam tak nak keluar je. Macam kes aku kat dewan kuliah tu. Huhu. Yang ni orangnya jenis yang lebih cool, tenang, relaks, patuh dan boleh diharap. Orang yang bersin jenis ni mesti bersopan santun je orangnye kan. Bersin cover2 gitu. Macam nak puji diri sendiri je cik sha ni. Hahaha.







Yang 3rd, jenis yang bersin sambil tutup mulut dengan tisu/tangan. Sopan gitu. Baru la tak tersembur air liur bila bersin. Kikiki. Yang bersin jenis camni orangnya jenis beradab sopan dan bersederhana. Bagus2. 









Yang last sekali, jenis bersin tak nyempat2. Tak sabar2 nak bersinnya. Haa...yang ni orangnya jenis tak suka perkara mengarut, mahu semuanya pantas je, seorang yang tepat, suka berterus terang dan tak suka berselindung.






Korang tergolong dalam kategori yang mana 1 daripada yang 4-4 aku bagitau ni? Hehehe. Uniknya manusia ni kan Allah jadikan? Kalau boleh, macam2 benda yang kita nak kaji. Tapi tak tercapai akal semuanya. Itu lah kuasa Allah. Hanya Dia saja yang mengetahui segalanya.


Meh enjoy video ni. Comel betul anak panda tu bersin. Terkejut mak dia yang tengah makan. 😆




Bisik-bisik :: Pasni aku nak tulis entri pasal kentut la. Haha. Sangat tak senonoh la cik sha ni. Tapi serius la. Dari dulu aku dok terfikir camne kentut tu boleh terjadi. Hahaha. Nanti la aku buat kajian dulu. Aiseh.

8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. waaa, ni yg rasa nak bersin nih..hehehe

    BalasPadam
  2. wah..bersin pn ada comel gak ek..
    apepn, i bersin yg macho kot..ahakz

    BalasPadam
  3. aku bersin bunyi cool je, tak bunyi macam kucing. :D

    BalasPadam
  4. lega betul rasanyer pas bersin..hehe

    BalasPadam
  5. aus::hahaha..kelakar kan??comel gile mak die terkejut..

    etomyam::jom2..meh kite bersin beramai2..kui3..

    lipan::ngeh3..macho eh??

    parkAir::kui3..kucing bersin bunyi cmne??

    red::alhamdulillah..hehehe..

    BalasPadam
  6. comel giler panda ni!
    ahaha! :D

    BalasPadam
  7. saye besin kalau tgk langit...peli kan

    BalasPadam
  8. zack::hahaha..comel gile kan??kalo la leh bela...sumpah dah bela dh sekor...kui3...

    naiemz::huik??bersin kalo tgk langit??cmne tuh??pelik2...hik3..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan