Hukum Sertai Facebook

bru je abes menelaah paper..rajin tul aku ari ni..abes 1 paper aku telaah..smpai iklan kecik2 tu pun aku bca..hahaha...sbnrnye aku nk share 1 info...mcm best je info ni..tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman(pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM)..kat ruangan Ekspresi(An-Nur) Metro Ahad (10 Jan 10)...tajuk tulisan Ustaz ialah HUKUM SERTAI FACEBOOK...


 

Ustaz Zaharuddin tulis pasal ni sbb beliau dh byk sgt terima soalan drpd org ramai tentang penggunaan FACEBOOK ni..kalo kita perhatikan pun,penggunaan FACEBOOK sgt2 berleluasa dlm masyarakat kita skrg..betul x??even,kerajaan pun gunakan FACEBOOK ni sbgai platform nak sampaikan pelbagai maklumat kat kita...x dinafikan aku sendri pun ade gak akaun FACEBOOK ni..sekadar tuk berhubung dgn kwn2 lma dan menambah teman2 baru selain tuk bermain game..hehehe...

ok..berbalik kpd niat asal aku..kat bawah ni aku listkan kesimpulan yg telah dibuat oleh Ustaz Zaharuddin mengenai "Hukum Sertai Facebook"..nak tulis sume yg die cakap tu panjang sgt...aku tulis kesimpulan yg die bg tu je la eh...

1. Hukum membuka akaun dan menggunakn Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.
ohh..yg ni terpulang atas individu tu sendri..sebelum wat ape2 kesimpulan, wat dlu kajian terperinci..mcm Ustaz Zaharuddin..die dh wat kajian terperinci sblm die tulis artikel ni..sbb tu beliau leh cakap hukumnya adalah HARUS...

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkn TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna Facebook melakukan perkara haram.
bg aku la..yg ni atas pendirian msg2 la..niat n tujuan asal yg penting..sbb ape nk buka akaun facebook ni..mcm aku,aku buka akaun facebook ni sebab nk berhubung dgn kwn2 lama n cri kwn2 bru..korg??

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati, mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan,video,audio dan sebagainya.
yg ni aku sgt2 setuju...x salah kalau kita nak share sesuatu yg elok tambah2 kalau nak sebar tentang kefahaman Islam kat org lain...scara x langsung kita boleh berdakwah..

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
ok..bg pendapat aku..ape yg Ustaz Zaharuddin ni cakap betul gak..xkan la kalo nk makan pun kita nak shout out..uiii..sgt2 la xde keje...aku pun xde ati lsg nk shout out bnda2 remeh mcm tu...

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi WANITA) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat Facebook itu sendiri.
haaa...yg ni aku SETUJU sgt2...wat ape la nk share gmbo2 byk sgt..sket2 udah la..ni smpai gmbo time kecik2 yg dok tlnjg bulat pun nk buh...haish..

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
huish...yg ni mmg betul2 mengundang bahaya la..jgn la p gatai2 tgn buh maklumat2 peribadi yg penting mcm ni...no tipon pun kalo boleh jgn la letak..mepek je la..2 bg aku..tp ni bgantung atas dri msg2 jgk..tepuk dada tnya iman..

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
yg ni pulak...mesti rmai yg mcm was2 eh..tp ape yg Ustaz Zaharuddin cakap ni mmg betul..benda2 cmni leh pesongkan akidah..watpe la nk percaya ramalan2 nasib ni sume..bukan betul pun...cube bygkan..misal kta ramalan nasib tu cakap sok korg mati...korg nk percaya gak ke??haish..mmg songsang dh tu..ajal maut kan Allah yg tentukan...renung2kan la sendri...sume dh besar ade akal fikiran...aku bg pendapat aku je...

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
haa..yg ni pun sma jgk mcm yg kat atas 2..pandai2 la fikir sndri...malas aku nk bebel panjang2...hee...

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal.
ohh..yg ni mmg sgt penting..berhati-hati dan beringat-ingat la msa nk buh maklumat peribadi korg sbb pemberian maklumat peribadi yang melampau boleh menyebabkan pihak yg tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk sebarang tujuan kejahatan atau ketamakan...ingat tu!!!

Kesimpulannya, Ustaz Zaharuddin cakap, jika itu semua dapat dijaga dan disedari, penggunaan Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia adalah DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

itulah kata-kata Ustaz Zaharuddin dalam penulisannya..menarik kan...sbb tu aku nak share dgn korg..semoga korg pun dpt ilmu yg sma mcm aku dapat...sama2 kita renungkan dan fikir balik...mcm Dr. Izzi cakap.."renung2kan dan selamat beramal"...hehehe...

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Bagus cadangan ustaz tu....kalau nak diikutkan pun,kita patut menmanfaatkan penggunaan Facebook..

    MANIPULASI

    Cadangan yang sangat baik...

    BalasPadam
  2. betulla tu..sy pun kompius gak dgn facebook ni sejak baca dlm blog MazidulAkmal Tv3..sebab dia ada letakkan source yg dia dpt kat situ...cm kena be aware kan..

    BalasPadam
  3. ade fb pun just nk jumpe kwn2 lama...tue je...

    BalasPadam
  4. wooo thanx for sharing babe!

    BalasPadam
  5. tq 4 d info...tulah ada kalanya fb ni 'mengkhayalkan'

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan