RSCD In d House

Assalamualaikum. Hai!


Walaupun aku ni takde la hebat tahap super dalam design job ni, tapi alhamdulillah macam tak sangka ada jugak rezeki yang datang untuk aku. Terima kaseh pada mereka-mereka yang sudi upah aku. Nak kata dapat banyak job tu idok la jugak. Tapi boleh la walaupun sikit. Dapat la jugak duit lebihan untuk aku kumpul buat kegunaan masa nak kawen nanti. Mudah-mudahan rezeki design job ni tak kan pernah putus la. InsyaAllah.


Disebabkan hasil design pun dah ada banyak, maka aku pun bukak la satu page khas kat facebook untuk publishkan semua hasil kerja aku kat situ. Tujuannya supaya senang orang nak tengok dan rujuk. Mana tahu ada yang berminat nak tengok hasil kerja aku tapi malas nak belek satu-satu kat belog aku ni. Maklumlah kalau dah update satu entri tu panjang berjela sampai cecah lantai. Padahal nak update pasal portfolio je. Kuikuikui. Jadi nak memudahkan, maka aku wujudkan la page ni.


Jadi, buat yang suka tengok dan berminat dengan hasil kerja aku, boleh jengah-jengah ke laman fesbuk tersebut. Kelik-kelik la LIKE sama eh. Haha. Paksa orang pulak ko ni Shahada. Cepuk kang! Kalau ada yang baik hati nak share link page ni kat orang lain pun bagus jugak tu. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan jugak rezeki korang sebab tolong promote aku. Hehe. Inilah link page nye.


Sebabkan dah macam official sikit, maka aku pun create la satu 'trademark' untuk bisnes aku ni. Tu yang macam terhasil kat bawah tu. Simple je kan? Hehe. Takpe la asalkan ada identiti sendiri. Saje aku just guna huruf RSCD tu untuk mudah ingat. RSCD stand for RSCreative Design. Sebenarnya ambil sempena nama bisnes yang aku dah daftarkan iaitu RSCreative Enterprise dengan SSM tahun lepas. Bulan dua ni cukup dah la setahun. Nak kena renew dah tu. Alhamdulillah. Tak sangka dah nak masuk setahun rupanya. Hehe.


TRADEMARK bisnes design aku. (^_^)


COVER PHOTO kat page fesbuk. (^_^)

Selama nak hampir setahun bergerak ni, income tu takde la besar mana sampai nak cecah ribu. Baru ratus-ratus je kot. Takpun ada la nak dekat seribu mungkin. Setahun baru dapat banyak tu je Cik Shahada? Sikitnye? Memang la sebab aku ambil upah pun murah je. Tak sampai hati nak kenakan cas mahal-mahal. Huhu. Takpe la sikit pun. Aku buat job ni sebab memang aku suka.


Kalau dapat lebih, aku tak belanja untuk diri sendiri je. Ada jugak hulur sikit kat pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Itu je la yang aku mampu buat nak bantu orang. Buat job ni dan dapat upah, kendian share dengan orang sikit. Semoga ada keberkatan la dari situ. Memang niat asal buat design job ni untuk kumpul duit buat belanja majlis kawen sendiri dan bantu anak-anak yatim sebenarnya. Tapi sebab income tak besar, sikit je la dapat salurkan bantuan. Jadi la dari takde kan? Hehe.


Apa-apa pun, semoga niat dan kerja aku ni dirahmati dan diberkati Allah hendaknya. Huhu. Terima kaseh pada yang selalu support aku. Ramai jugak kawan blogger yang selalu bagi sokongan kat aku macam Kak Zura dan Mummy Suria. Depa dua orang ni memang rajin dan suka promote aku. Hehe. Tenkiu~~ Eh? Jangan lupa LIKE eh page tu kalau sudi. (^_^)


Bisik-bisik :: Alhamdulillah. Terima kasih pada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sebab beri aku tangan yang kreatif dan ilham.

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. amboi cik sha malu aihh.. mention nama kita. Niat memang nak promot lagi page tu.. Pertolongan yg remeh sgt.. takde apa nak terima kasih sangat. Semoga di mudahkan & di perbanyakkan rezeki cik sha yer.. Insya Allah

    BalasPadam
  2. @THE LEKAT LEKIT STORY :: mekaseh mummy..mummy selalu support saya..terharu dan rasa terhutang budi sangat..hehe..insyaAllah..ada rezeki lebih nak share sikit dgn dak lala tu sebenarnya..teringin nak belikan die gaun..heeee..mekaseh doakan yg terbaek untuk saya..

    BalasPadam
  3. design riesha cantik2...serious.:) nanti namee nak tempah gak insyaAllah.nak fikir concept dulu :) hehe

    BalasPadam
  4. @Namee Roslan :: hehe..mekaseh namee..namee pun selalu jugak support saya..terharu..(^_^)

    BalasPadam
  5. ek tetiba ade mention nama akk ye..hehe..tolong kawan..sebenarnye akak pun nk mintak tolong sha designkan blog akak nie jugak..tp tunggu urusan kawin selesai...:D

    BalasPadam
  6. @Zura Zue :: heee..terhutang budi dengan akak..mekaseh kak! (^_^)

    wahh..tenkiu sebab akak pun sudi nak hire sha..hehe..sha tunggu ni..cepat setel urusan kawen tu..hehe..:P

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan