Aku memang anak keturunan orang Asli

Assalamualaikum. Hai!




Aha! Betul la tu aku memang anak keturunan orang asli. So what? Ada masalah ke dengan keturunan aku ni? Kenape tercengang-cengang tu? Tak percaye eh? Betul la weh. Aku tak tipu sikit pun. Memang darah yang mengalir dalam tubuh badan aku ni ada darah keturunan orang Asli. Arwah abah aku orang Asli kaum Semai.


Sebelah mak memang Melayu. Melayu Jawa campur Melayu Bugis. Arwah datuk aku Melayu Jawa dan arwah nenek Melayu Bugis. Kalau orang tua yang pandai tengok macam nenek besfren aku mesti boleh cam bile lihat wajah aku. Besfren aku ni orang Johor. Dulu nenek die pernah tegur aku. Aku dah blur2 masa tu macam mana la nenek ni boleh tahu.




Nenek :: Kau ni mesti mix kan? Ada darah jawa kan? Cuba cakap Jawa sikit. Aku nak dengar.
Aku :: Eh2? Macam mana nenek tahu?
Nenek :: Aku pun orang Jawa jugak mestilah aku tahu. Cepat cakap.
Aku :: Ala nek. Tak reti la. Tak pernah belajar pun.
Nenek :: Apa la orang jawa tak reti cakap jawa. Rugi betul kau ni.
Aku :: *Senyum sampai telinga.*



Betul. Aku tak reti langsung cakap jawa weh. Tak pernah pun belajar. Cakap bahasa Asli pun aku tak reti. Aku reti cakap Melayu je. Kesian kan? Dah rugi banyak kat situ. Sedih rase. Dulu masa kecik aku pernah mintak arwah abah sekolahkan aku kat sekolah Cina. Memang teringin sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Entah-entah ada darah keturunan Cina jugak kot. Perasan! Hihi. Tapi beliau takmau hantar takut nanti aku tak kenal Islam. Jadi beliau sekolahkan aku sekolah harian biasa yang ada belajar matapelajaran agama Islam dan hantar aku pergi kelas fardhu ain.


Bahasa Asli pun beliau tak pernah ajar aku adik beradik. Dari kecik lagi beliau didik kami supaya rasa diri kami ni memang Melayu sejati bukan orang Asli. Beliau tak nak kami malu kalau kami tahu kami ni dari keturunan tu. Sumpah masa aku kecik aku memang tak tahu pun aku ni ada darah keturunan orang Asli sampai aku darjah 6 baru aku tahu. Malu ke aku bila dapat tahu? Sikit pun tak. Aku rasa syukur amat. Sebab aku anak darah campuran. Kan unik tu?



* Ni la anak orang Asli tu..Sudi kawan tak?*



Dulu, aku cukup pantang bila dengar orang yang mengaku Melayu dan Islam suka menghina orang lain yang muka tak berapa nak lawa/ensem dengan menyamakan seperti orang asli. Tambah-tambah kawan aku sendiri. Ayat yang popular>>"Eeee..kau tengok orang tu, macam orang asli la." 


Sumpah aku rasa macam nak bagi penampar berdas-das kat dorang. Tapi aku selalu perli je balik. "Kenapa? Orang Asli bukan manusia ciptaan Allah jugak ke yang kau nak hina sangat tu?"  Nanti dorang pasti akan terdiam. Aku pelik kenapa kebanyakan orang suke memandang hina pada orang Asli ni. Apa la salah orang Asli ni pada dorang?


Ada orang pernah menghina aku dengan mencaci keturunan darah aku yang satu ni. Orang Asli. Kenapa? Hina sangat ke orang Asli ni? Orang Asli bukan manusia macam kau jugak ke? Kalau la orang yang hina aku tu tahu, orang Asli yang hina macam kami ni dah banyak yang berjaya dalam hidup dan lagi bijak pandai dari dia yang suka mencaci maki keturunan kami ni, tentu dia malu.


Tak semestinya orang Asli yang dia anggap asal dari hutan ni takde akal fikiran dan tak pandai belajar. Tapi orang spesis suka menghina ni mesti takkan tahu semua perkara tu kan? Sebab pemikiran dia sempit dan hanya tahu memperlekehkan orang je.


Ramai kawan aku pun tak tahu lagi pasal keturunan aku ni. Yang rapat saje yang tahu. Mati-mati mereka ingat aku tipu. Sebab mereka dulu pun suka jugak perlekeh orang Asli. Tapi bila dapat tahu aku juga ada darah keturunan tu terus jadi malu alah pada aku.


Sebab tu jangan pandang lekeh pada orang Asli dan sesuka hati je nak menghina. Walaupun aku ada darah keturunan orang Asli, aku tetap bangga dan bersyukur. Sebab itu keistimewaan Allah beri pada aku. Sehina-hina aku yang berdarah orang Asli ni, aku tak pernah lagi memandang rendah dan menghina orang lain.


Jadi kawan-kawan yang aku sayangi, silalah jaga pertuturan tu ye. Jangan mudah-mudah je nak memperlekehkan orang. Tambah-tambah hina keturunan orang. Tak baik. Agama Islam tak ajar kita menghina orang. Korang keturunan ape sekalipun, tetap sama di sisi Allah. Ingat tu!



Bisik2 :: Sudi lagi ke korang nak berkawan dengan anak orang Asli ni?

22 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Anak-anak orang asli comel tau.. Heehee.. :)

    Yep yep.. Kita bangga dengan apa adanya kita.. Kan?

    BalasPadam
  2. nak kawan..nak kawan...
    ngee...

    BalasPadam
  3. saye sudi berkawan..hehe..
    tp watpe nk malu jd org asli..
    patutnya bangga pesal org asli la pure2 bumiputera...
    saye suka gi kg org asli kat kota...
    baek2 suma...
    org asli skrg pon dah moden..hehe

    salam kenal..
    ;)

    BalasPadam
  4. takde masalah pe kawan dgn anak org asli. asli pun ada yg sempoi per..

    Salam Ukhwah :)

    BalasPadam
  5. aii pon asli jugak...aii bukan tiruan..hehehe... :D comel rupenyer cik sha ni..salu dtg terjah blog ezma...tp arini ezma terjah cik sha balik...soooo cute...ezma follow awek cun nie!! :D

    BalasPadam
  6. salam perkenalan...thanks sudi singgah blog kita..anak orang asli comel dan banyak yang dah berjaya tau ehehehe

    BalasPadam
  7. ok apa anak orang asli...skrg orang asli bukan macam dulu la kan.so rilek sudah...

    BalasPadam
  8. orang asli pon orang kan..
    jadi berkawan lah dgn orang !
    haha

    BalasPadam
  9. aku org jawa..

    chill je...

    BalasPadam
  10. sudi sudi

    nak kawannnn

    BalasPadam
  11. sangat sudi ^_^
    semua manusia sama darjatnye...
    kaum bgsa harta status bukn pghlg utk saling berkenalan..;)
    hehe

    BalasPadam
  12. wahh, fifiey sudii kawan dengan kak shaaaaaa:D nnt bila2 nak p melawat tempat akak .. boleh??? heee^__^......


    yep, kita semua sma di sisi-Nya. jadi, terima lah apa adanya kita. betul tak?

    BalasPadam
  13. saya orang jawa jugak.. hihihihi... no prob at all... orang asli pon manusia jugak.. tapi memang agaknya orang kita ni banyak mulut.. mungkin sebab didikan kot,.. persepsi.. entah... hummmm....

    BalasPadam
  14. wah.. byknye mix.. satu keistimewaan bg kamu tau! Sbb tu kamu comel. dh campur mcm2. Mcm rojak.. byk bahan tp sedap. kekekekek

    BalasPadam
  15. YEAY!! SEMUA SUDI KAWAN DENGAN AKU..SUKENYE!!

    SAYANG SEMUA ORANG...♥♥♥

    BalasPadam
  16. dah jumpa blog nih...DeQDeq dpt tau entry ni dari cik lekit...sblm nih kita dah kawan kt FB dan DeQdeq dah follow sha pn....tp skrg br tau ada keturunan orang asli...

    p/s: mcm mana kita leh kwn kt FB yer...akak igtkan sha ni junior akak kt sek men dulu...tp tgk info sekolah x sama pun..heheh...akak mcm kenal sha bila tgk gambar photoshoot tu

    BalasPadam
  17. deqdeq::

    heee..thanks kak..ye eh akak familiar dgn muke saye??mungkin pernah terserempak kot..tak pun memang Allah nak kenalkan kita..^_^

    BalasPadam
  18. xtau la dik....tp mmg akak rasa mcm sha ni junior kt sekolah akak...btl ke sha x penah sekolah kt SMKAY?

    BalasPadam
  19. SMKAY??tak pernah la kak..mungkin pelanduk 2 serupa kot..hee..

    BalasPadam
  20. ehhehheh...mungkin la kot...xperla...salam perkenalan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan